First time Cik Diz amik tempahan buat kek besday. Tu pon setelah dipujuk rayu oleh si pengorder.. Harap tuan empunya suka....
Showing posts with label manis kata. Show all posts
Showing posts with label manis kata. Show all posts
Monday, April 6, 2015
Saturday, September 28, 2013
Tuesday, September 17, 2013
Bila anak demam
Budak kecik ni demam. Sian dia. Merengek jer. So secara rasminya waktu dan ketika itu semua aktiviti jahit menjahit terpaksa ditangguhkan...
Sunday, August 25, 2013
Dah 6 bulan dah
Anak dara kecik Cik Diz dah 6 bulan. Tugas mama pon dah bertambah. Skang dah ada tugas baru. Nak kena sediakan meal utk Adik Dayyini makan plak. Kita mulakan dengan bubur n carrot jer lah dik yea. Hehehhe
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam lebaran. Salam aidilfitri. Salam kemaafan dari Cik Diz sekeluarga andai sepanjang Cik Diz berurusan dalam bercraft ada menyinggung perasaan sesiapa. Bulan mulia bulan kemenangan. Semoga kalian semua dirahmati Illahi. Jom layan gambar raya family Cik Diz.
Tuesday, July 16, 2013
Saturday, June 29, 2013
Jerebu
Last week balik Melaka..kebetulan pulak masa tulah yg jerebu tahap paling xsihat n paling tinggi..balik pulak Bukit Rambai.. (jadi famous kampung ni sebab asyik keluar berita IPU paling tinggi kat Melaka). Meh Cik Diz tanyang sket gambar yg di snap snap masa otw nak smpai kampung ku....
![]() |
| Ni masa kat traffic light Cheng..tengok tu..xnampak depan nun |
![]() |
| ni kat flyover nak ke tesco Cheng |
![]() |
| Ni dah masuk Tanjung Minyak |
The D's
Nak tengok anak Cik Diz yang latest edition??..heheheh dah 4 bulan dah budak kecik ni... dah mula menyiarap dan dah bergostan..heheheh
Thursday, November 22, 2012
Coti-coti ke Sarawak
Last week Cik Diz sekeluarga bercuti ke Sarawak. 5 hari 4 malam. agak keletihan dengan keadaan Cik Diz yang dah nak masuk 7 bulan ni. Pulak tu dengan ank demam sepanjang percutian. perghh letih. Mujur masuk hari ke 3 tu Darwisy dah mula kebah. Kalau tak mau pengsan Cik Diz nak melayan kerenah dia.. Hehehehhe. Rombongan kami ada 21 org ahli. Agak ramai. nama pon percutian keluarga. So macam-macam ragam dan kerenah. Tapi seronok. Heheheheh. Kami mendarat di Airport Kuching. Kemudian ke Serian-Sematan-Lundu-Kuching. Ok lah. Lenkali buleh plan lagi cuti macam ni. Semua tempat yang diplan untuk dilawati dpt dipenuhi walaupon kekadang cuaca agak kehujanan. Jom tengok gambar jelah. Hanya gambar yang mampu berkata2..Heheheheh
(untuk angkut beg2 kami)
![]() |
| Jalan-jalan di kedai kraft - Kuching Waterfront |
![]() |
| Hari pertama di LCCT - sebahagian ahli rombongan |
![]() |
| Kat kedai kek Dayang Salha |
![]() |
| Kami bergerak dengan sebuah van dan sebuah innova (untuk angkut penumpang) dan sebuah hilux |
![]() |
| Ketika di Pasar Satok untuk beli ikan masin |
![]() |
| Hari terakhir di Kampung Biawak, Lundu |
![]() |
| Kenduri kawen Achik - adik kepada ketua rombongan (Che Tasha) |
Sunday, November 11, 2012
Damia Graduation Day
Semalam tanggal 11/11/2012 tarikh dalam ingatan buat anak dara kecikku Damia. Konvo tadika titian ilmu di Kolej New Era Kajang. Hmm sayu gak. Dah besar dah anak Cik Diz. Taun depan dah masuk darjah satu. Lagi macam2 cabaran pasni. Moga dia terus tabah dan gigih berusaha belajar dan menjadi anak yang cerdik dan beriman.. Mama sayang Kak Long...
Saturday, March 17, 2012
Selamat hari lahir mak....
Selamat ulangtahun yang ke 67 mak...semoga segala yang terbaik buat mak.. Orang sayang mak... terima kasih kerana sentiasa menyokong orang samada dalam susah maupun senang. Menjadi pendengar setia untuk segala cerita suka duka. Membantu tika susah senang. Peneman saat sedih dan gembira......Kau lah yang terbaik untukku..terima kasih Ya Allah...Semoga kau panjangkan umur mak, berikan dia kesihatan yang sempurna, berikan kegembiraan dunia dan akhirat..Amiiinnn...
Sunday, July 31, 2011
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Selamat datang ya Ramadhan, bulan keberkatan, bulan seribu rahmat, bulan penuh kemuliaan, bulan dimana pahala diberi berganda2..Salam Ramadhan buat semua...salam sayang..maaf andai ada salah silap yea...semoga ibadah kita diterima Illahi..Amiinnn...
Saturday, May 7, 2011
Ibu....Dikau Ratu Hatiku.....Tiada Ganti.....
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu dan bakal ibu yang sudi menjenguk ke mari...Semoga kita sama-sama dapat mendidik anak-anak agar menjadi insan yg membanggakan dari segi aqidah, tatasusila, akademik dan nilai kehidupan..Buat emak..Salehah Abd Latif dan ibu mertua Patimah Abdullah..dikau lah pendokong kehidupan kami..Semoga dikau sentiasa diampunkan dosa dan dirahmati Illahi sentiasa..... Saya sayang emak........Amiiinnnnnnnnnnnnnn
![]() |
| Aisey mata kami bak ala2 cat woman plak..hehehhe |
Saturday, January 29, 2011
Items For Sale
As salam buat semua..ehem....gabra sket ni..
Pengumuman..pengumuman....blog Benang dan Jarum kini menawarkan pelbagai barangan untuk semua penggemar craft di luar sana.(bagi yang bukan crafter pon boleh gak kalu nak)... Dapatkan segera dengan harga yang amat berpatutan. Sila ke item For Sale untuk gambaran lebih jelas.....terima kasih.
Friday, December 31, 2010
Selamat Tahun Baru
Yang datang dah pergi..yang baru kini muncul. Usia makin meningkat..pengalaman makin bertambah. Semua mematangkan manusia. Moga kehadiran tahun baru membuka lembaran baru buat smua teman2 blogger. Tanamkan azam. Kukuhkan iman. Semoga tahun 2011 ni akan memberi kebahgiaan buat kita semua.......Babai 2010. Welcome 2011
Monday, December 20, 2010
Our 5th Anniversary
Thursday, October 7, 2010
Happy birthday Damia!!
Tuesday, September 28, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Selamat...selamat
selamat Hari Raya....

Salam lebaran buat pengunjung setia Benang dan Jarum..smoga lebaran kali ini membawa seribu makna dan smoga kemaafan yang dihulur dan dipinta dapat melerai seribu satu kekusutan dalam kehidupan.
Uih diam tak diam dah 19 hari Syawal kita lalui..posa 6??hmm baru dpt sehari..biler la nak meneruskan perjuangan ni..inila jadinyer biler nafsu menguasai..dok tangguh2 sok-sok smpai syawal pon abis..
Mmm cerita pasal craft plak sbenarnyer tgh bertungkus lumus menyediakan goodie bag untuk buffday anak dara ku minggu depan...nak bagi hairclip utk kwn2 pompuan kelas dia..ada 3 org jer pon..tpi biler yg pompuan da bagi hairclip yg boy nyer nak bagi apa yeak?any idea...nnti gamba akan di update later k....
selamat Hari Raya....

Salam lebaran buat pengunjung setia Benang dan Jarum..smoga lebaran kali ini membawa seribu makna dan smoga kemaafan yang dihulur dan dipinta dapat melerai seribu satu kekusutan dalam kehidupan.
Uih diam tak diam dah 19 hari Syawal kita lalui..posa 6??hmm baru dpt sehari..biler la nak meneruskan perjuangan ni..inila jadinyer biler nafsu menguasai..dok tangguh2 sok-sok smpai syawal pon abis..
Mmm cerita pasal craft plak sbenarnyer tgh bertungkus lumus menyediakan goodie bag untuk buffday anak dara ku minggu depan...nak bagi hairclip utk kwn2 pompuan kelas dia..ada 3 org jer pon..tpi biler yg pompuan da bagi hairclip yg boy nyer nak bagi apa yeak?any idea...nnti gamba akan di update later k....
Subscribe to:
Posts (Atom)
































