Tuesday, June 5, 2012

Al Fatihah

Fuh..fuh..bergayutan sarang lelabah kat sini..maklumlah rumah yang dah lama ditinggalkan. gini lah jadiknyer...Banyak perkara terjadi..ada suka ada duka sepanjang ketiadaan Cik Diz di sini...pada sesiapa yang ada update facebook Cik Diz mungkin dah sedia maklum anak sedara Cik Diz Allahyarham Ahmad Huzaini bin Jaapar telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mei 2012 yang lalu akibat serangan jantung. Arwah pergi dengan mengejut tanpa titipan pesan buat isteri dan anak2 arwah. Arwah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak yang masing2 masih memerlukan perhatian dan kasih sayang.


Ini anak arwah yang paling kecil. Si kembar Kamilia dan Karmila...baru berusia setahun..masih belum mengenali erti hidup...Cik Diz xtau lah samada Cik Diz ni terlampau sensitif atau apa..tapi setiap kali bercerita pasal anak2 arwah ni..air mata pasti mengalir..Berat sungguh ujian ke atas mereka..Semoga Tasha terus tabah dlm membesarkan anak2 ini.

Ya Allah kau tempatkan roh Arwah Madni bersama dengan roh orang2 yang beriman..Amiinnnnnnnnnnnnnnnnn..

Arwah Ahmad Huzaini bin Jaapar
27.12.1963 ~ 11.05.2012


.

No comments:

Post a Comment