Friday, January 21, 2011

Hari ini hari masak memasak

Semalam dapat resepi aiskrim goreng dari rakan facebook. Berkobar-kobar semangat nk membuatnyer. berdua dengan anak dara ku kami menyediakan frozen roti aiskrim. Hanya 5 ketul jer sebagai percubaan. Dan petang tadi selepas hubby balik keje den pon gorengkan lah..Berebut-rebut makan. Maklumlah limited edition..keh keh keh...lebihan roti dari aiskrim goreng tu plak sayang nk buang. Rezeki tu. So dgn bahan-bahan apa yg ada dlm fridge tu ajer maka terhasillah puding roti..heheheh..so hari ni kami menikmati dua pencuci mulut..perghh rajin plak den hari ni..hehehhehe. Nikmati lah gambar-gambar dibawah yea..

 Ni masa memula buat utk di frozen kan
 Ni aiskrim goreng yang telah digoreng
 Ni plak puding roti. Lebihan roti dari aiskrim goreng tu.
Potato wedges untuk sarapan anak-anak

No comments:

Post a Comment